Saturday, May 21, 2011

ciNTa dAn peNGorBanAn..

salam kawan2..ni adalah novel nukilan sahabatku habib..bg aku cerpen dia wat ni not bad especially for beginner..hope korg enjoy baca novel ni..hee..

Setelah hampir dua bulan percutian penggal berlangsung maka bermulalah kembali sesi persekolahan  dan pastinya ramai penghuni2 asrama sekali lagi akan tinggal berjauhan daripada ahli keluarga masing2 kerana Sekolah Menengah Teknik Gerik, Perak yg terletak jauh di Daerah Hulu Perak itu mewajibkan setiap pelajar2 nya menginap di asrama meskipun ada di kalangan pelajar yg tinggal di perumahan berdekatan dgn sekolah tersebut.
            Udara begitu nyaman dan segar ketika itu mengusap sesiapa sahaja yang berada di sekitar itu. Sungguh harmoni dan mempesonakan.
Haziq, salah seorang pelajar jurusan Pengajian Kejuruteraan Awam yg baru melangkah memasuki tingkatan 5 di sekolah itu tidak terkecuali untuk datang mendaftar pada hari itu ditemani oleh kedua ibu dan bapanya bersama adik perempuannya, Adila yg baru tamat tingkatan 3 dan peperiksaan PMR pada tahun lalu.
“Wah, besarlah sekolah abang Haziq ni mama! Tak sabar rasanya seminggu lagi Ila akan mendaftar di sekolah ni nanti”, kata Ila yg terpesona dgn keindahan alam yg serba hijau di sekitar sekolah itu dipenuhi pokok2 dan bukit bukau di belakang blok asrama. Memang nyaman suasana di situ.
“Ya lah tu. Kau tu Ila, datang ke sekolah bukan nak belajar. Nak bersiar2? Haha..”, celah Haziq sambil menahan ketawa sengaja mahu mengusik adik kesayangannya itu. “Alah, abang Haziq ni… sengaja tau…”, balas Adila sambil mnjeling ke arah abangnya dengan memuncungkan bibirnya. Puan hasnah dan En. Kamal hanya tersenyum memerhati gelagat kedua anaknya itu. Kemesraan antara Haziq dan adiknya itu tidak dapat dinafikan lagi menyebabkan keluarga empat beranak itu bertambah harmoni dan ceria. Tidak lama lagi pendaftaran pelajar2 junior akan berlangsung dan sememangnya adila adalah salah seorang yg ditawarkan untuk jurusan yg sama dengan Haziq dan dia ditawarkan utk mendaftar pada tarikh itu. Haziq berasa begitu gembira sekali apabila mendapat tahu berita itu. 
Mereka sama2 berjalan seterusnya menuju ke dorm Haziq bernombor A201. Ternyata, Badrul yang merupakan rakan sebilik Haziq dan ahli keluarganya sudah pun selesai mengemas barang2 milik Badrul seterusnya melangkah keluar bilik.  Sambil melemparkan senyuman ke arah Haziq dan keluarganya Badrul turun bersama ahli keluarganya. Sememangnya rakannya itu tidak banyak bercakap tetapi sejak tahun lalu mereka di tempatkan satu bilik dan kelas yang sama membuatkan hubungan mereka bertambah akrab. Selesai mengemaskan barang2 kepunyaan Haziq ketiga2 mereka meminta izin utk pulang. Haziq mencium tgn dan memeluk kedua ibubapanya serta adik tunggalnya itu.



…………………………………………………………………………………………………………………………





BAD, kalau kau nak ke dewan makan jangan lupa tunggu aku tau. Dah lama sangat aku tak makan dengan kau ni maklumlah dah lama sangat cuti. Rindu jugak aku. Hehe..” sapa Haziq kepada Badrul setelah kedua-duanya selesai solat magrib. “Orait.. hehe...” balas Badrul sambil melipatkan kembali sejadahnya dan diletakkan kemas di penjuru katil. Lalu merebahkan puggung duduk di atas katilnya yang bersebelahan katil Haziq. ”Eh, dr td aku belum nampk si Zul. Kau ada jenguk2 kat bilik dia td?”, Badrul bersuara lagi seraya teringatkan rakan sekelas mereka Faizul yang juga merupakan rakan karib mereka sejak tingkatan empat lagi. Faizul tinggal di bilik bersebelahan bilik mereka. ”Kau tu lah, asyik memerap sorang2 je kat dalam bilik dr td. Aku dah bagitahu dekat dia pun cakap kita nak mkn sama2 nnti”, getus Haziq yg baru meletakkan punggung di atas katilnya itu setelah lama mengadap cermin mukanya itu dihujung meja belajar miliknya. Badrul hanya tersengih mendengar leteran sahabat karibnya itu.
            ”Wei, apahal korang berdua ni? Dua-dua tersengih. Mengumpat aku ye.. hee..”, tiba2 sahaja kedengaran suara Faizul yg sudah pun tercegat di muka pintu bilik mereka sambil melangkah masuk dengan wajah yg berseri2.
“A’ah, ye lah tu. Bagi salam pun tidak. Mana adalah. Kitorang tgh tunggu kau la ni make up lama sangat.. kau tu dah handsome dah kot. hehe..”, Haziq menyambut sambil bergurau. Dia tahu, rakannya itu sangat mementingkan penampilan dan itu lah yg membuatkan Faizul sentiasa digilai ramai pelajar perempuan di sekolah itu.
”Yeke? Haha.. pandai2 kau la Ziq. Perli ke..”, jawab si Faizul sambil menggilap kacamatanya dan tersengih seperti kera. Lalu duduk di sebelah Haziq yang sedang asyik membelek majalah ’Fokus’ kepunyaan Badrul.
”Wahai kawan-kawanku, kalau korang nak berbual korang berbual la puas2 kat dewan mkn karang. Perut aku dah lapar ni.. kang aku mkn korang berdua baru tau”, gertak Badrul sambil bergurau sejurus bangun dari katil single miliknya yang hampir runtuh dek kerana dua rakannya itu turut menyelit di ruang-ruang kosong katil itu.
”Jangan Bad, kang kalau kitorang takde sunyi kau dibuatnye. Hehe.. jom lah Ziq, Bad perut aku pun dah bunyi siren ni”, Faizul membalas sambil menepuk bahu kedua-dua rakannya itu.
Mereka bergerak bersama2 ke dewan makan. Sudah menjadi kebiasaan mereka bertiga akan berjalan beriringan menuju ke dewan mkn. Tidak dinafikan lagi mereka adalah sahabat karib yang tidak boleh dipisahkan lagi. Bak kata pepatah, bagai aur dengan tebing. Masing2 mempunyai karektor tersendiri. Haziq, pelajar pintar di sekolah itu sama juga seperti Badrul dan Faizul yg juga merupakan harapan setiap guru di dalam kelas mereka. Faizul pula seorang yg aktif dalam sukan mewakili olahraga di sekolah tersebut berbanding Haziq yg lebih cenderung ke arah seni persembahan yang juga pernah mewakili sekolah dalam teater. Kebetulan dia merupakan Pengerusi Kelab Persatuan Seni dan Budaya di sekolah itu. Manakala Badrul pula pernah mewakili sekolah dalam pertandingan tenis peringkat negeri tidak lama dahulu.







MASA TERUS BERLALU...

            MAKA tiba lah hari pendaftaran pelajar-pelajar junior di sekolah itu. Jam sudah menandakan pukul 10.45 pagi. Selesai sahaja Haziq, Badrul dan Faizul menjamah makanan di kantin sekolah Haziq memberitahu rakan2nya supaya beredar dahulu kerana dia ingin  ke Dewan Besar untuk meninjau kalau2 adik dan kedua ibubapanya masih berada di situ untuk sesi pendaftaran pelajar.
            ”Mama, tu hah abang Haziq kan?”, belum sempat mereka meletakkan pinggan sisa makanan dalam bakul yang disediakan Haziq sudah pun dapat menangkap suara adiknya itu betul2 dari arah belakangnya.
            Ternyata Adila dan  kedua ibubapanya sudah pun keluar dari dewan serbaguna sekolah untuk sama2 menjamah makanan di kantin. Badrul dan Faizul telahpun berjalan meninggalkan Haziq.
            ”Eh Ila, macam mana pendaftaran kau tadi? Dah selesai ke?” sapa Haziq kepada adiknya itu selepas memeluk dan mencium kedua ibubapanya serta Adila yang lengkap berpakaian sekolah ketika itu. Haziq sudah kekenyangan dan kerana itu dia tidak turut serta menjamah nasi yang dibekal dari rumah oleh puan Hasnah. Sebagai tidak kecilkan hati orang tuanya itu Haziq menjamah sepotongsandwich yang dihulurkan puan Hasnah.
            Tergambar wajah Adila begitu bersemangat, “Okey je abang, semua dah selesai. Ni kejap lagi nak pergi tengok dorm pulak ngan mama ayah. Taklimat tadi bagitau petang nanti pelajar junior berkumpul kat padang sekolah untuk mula program orientasi”. Adila tersenyum. Dia sempat menoleh ke arah wajah kedua ibubapanya. Sesekali terasa berat hati ingin meninggalkan mereka kerana sejak dulu Adila tidak pernah tinggal berjauhan dari mereka. Timbul perasan sedih dalam ceruk hatinya.
            ”Enough is enough okey.. Jangan buat muka sedih tu lagi, abang kau kan ada kat sini.. hehe.. takkan dia tak boleh jaga kau..” Encik Kamal bersuara cuba untuk menghilangkan rasa sedih anak perempuannya itu. “Haziq tolong tengok-tengok kan si Ila ni okey.. Mama nak korang sama-sama tunaikan hajat mama dengan ayah. Mama dengan ayah nak tengok sangat korang masuk universiti suatu hari nanti”, Puan Hasnah pula mencelah memberi semangat kepada kedua anaknya itu.
            “Kringgg…!!!”. Suasana bergema seketika oleh jeritan loceng sekolah menandakan waktu rehat telah tamat. Haziq meminta diri kepada kedua ibubapa untuk masuk semula ke kelas, sementara Adila dan ibubapanya berjalan menuju ke arah asrama perempuan yang dikhaskan untuk pelajar junior.

……………………………………………………………………………………………………………



            SUASANA di dalam kelas 5 PKA ketika itu agak riuh rendah. Masakan tidak, sekarang adalah waktu pembelajaran subjek fizik yang kebetulan Puan Normila baru sahaja mengambil cuti sakit selama 3 bulan. Jadi, tiada guru yang boleh mengganti Puan Normila ketika itu kerana Encik Asmadi sedang mengajar di kelas 5 PKM yang juga merupakan guru Fizik.
            “Perhatian kepada semua, cikgu Normila sedang cuti bersalin. Jadi, kawan-kawan sekalian diminta mengulangkaji matapelajaran sendiri dan jangan buat bising”, laungan suara Syahir sebagai ketua kelas itu hanya meredakan keadaan seketika. Tidak lama kemudian kedengaran kembali suara tidak ubah seperti di pasar malam. Ada yang bergosip, mengulangkaji dan ada juga segelintir pelajar yang sempat tidur di tempat masing-masing tanpa mengendahkan suasana ketika itu.
Di sudut kiri barisan hadapan kelihatan dua pelajar lelaki duduk bersebelahan mengadap buku matapelajaran Fizik yang ternganga luas di atas meja masing-masing. Mereka khusyuk membuat latihan yang diberikan puan Normila minggu lepas. Setelah selesai disimpan kembali buku-buku ke dalam laci meja.
Tiba-tiba seorang daripada mereka bersuara, “Eh Ziq, kau perasan tak geng-geng pengawas dalam kelas ni semua takde. Diorang pergi mana erk dari pagi tadi lagi?”
“kau lupa ke Zul diorang kan mesti sibuk pasal pendaftaran budak-budak junior.. nak pulak orientasi karang diorang gak yang handle.
“Oh, habis bila masa pulak si Bad tu jadi pengawas sebab dia dari tadi hilang.. hahaha.. masa kelas Cikgu Jijah tadi ada je kat belakang kita. Ni mesti ponteng ni.. hehe..”
”Hah, elok la tu tambah dosa. Tadi member sebelah dia si Fadhlan bagitau aku cikgu Hamidah panggil dia pasal tournament Tenis hari tu..”, jelas Haziq kepada rakannya Faizul yang sedang membetulkan kacamatanya sambil ketawa kecil.
“Oh.. Gurau je lah.. hehe.. takkan aku nak tuduh member cam tu pulak.. Eh, petang ni adik kau tak kena ragging ke dengan budak-budak pengawas? Hehe.. Baik kau pergi jenguk-jenguk kat padang sekolah lepas kelas ni..”
“Aku memang cadang nak tengok jap gi, kalau kau nak ikot bleh gak..” balas Haziq sambil pen yang dipegangnya dimasukkan ke dalam kotak pensil sejurus menyimpannya ke dalam beg. Faizul menolak ajakan rakannya itu kerana kakaknya sudah janji akan datang berjumpanya petang nanti menghantar barang yang dipesannya. Tepat pukul 1.30 petang semua pelajar dibenarkan pulang ke asrama masing-masing dan menjamu hidangan tengahari yang disediakan di dewan makan asrama.





PETANG ITU..

CEPAT la sikit beratur tu!! Semuanya Terhegeh-hegeh apasal?! Buat barisan ikot kumpulan masing-masing! Hish.. nak kata tak makan lagi semua kitorang dah bagi makan tadi!”, pekik seorang pengawas perempuan ke arah pelajar-pelajar perempuan junior yang lengkap berpakaian sukan. Di hujung padang kelihatan diasingkan sekumpulan pelajar junior perempuan dan lelaki. Pelajar lelaki berpusu-pusu membuat barisan di hujung kanan padang manakala pelajar perempuan di hujung kiri padang di bawah celahan pohon yang tumbuh diluar padang. Pohon Ara yang berusia 20 tahun itu agak besar sesekali melambai-lambai daunnya ke dalam padang sekaligus meneduhi kawasan yang dijadikan medan aktiviti itu.
Haziq memerhati dari jauh. Agak terkesima kerana pekikan pelajar perempuan itu sebentar tadi mengatasi bunyi singa betina mengamuk. Bergema seketika kawasan padang itu. Siapa pula budak perempuan ni? Macam pernah nampak dalam kelas aku. Bentak hati Haziq. Bingkas dia mendekatkan lagi jarak antaranya dengan sekumpulan pelajar-pelajar tersebut. Dia berjalan menuju ke arah mereka dengan selamba.
            “Amboi, garang sungguh akak-akak senior ni yer.. siapa yang pekik tadi tu Lin? Sekali2 ngan aku cuak dibuatnya..”, tegur Haziq dengan nada bergurau kepada salah seorang pengawas yang juga merupakan jawatankuasa orientasi pelajar-pelajar baru. Kebetulan Syazlin lalu berhampirannya membawa peti first aid yang dipesan rakannya untuk digunakan semasa program dijalankan. Takut-takut kalau ada pelajar yang terseliuh semasa aktiviti riadah dijalankan.
            ”Takkan kau tak kenal Yana, dia kan sekelas ngan kita. Dalam kelas dia nampak lemah-lembut tapi tegas orangnya. Kau bawak air ni nak bagi kat aku ke? Hehe..”, balas Syazlin melihat bungkusan air sirap di tangan Haziq yang dibelinya di kantin untuk diberikan kepada Adila.
            “Wah! Haha.. Elok lah kebetulan aku nak bagi kat adik aku.. Kau tolong aku boleh tak? Bagi kat Noradila Binti Kamal, cakap abang dia bagi..”, pinta Haziq. Selepas meminta diri Syazlin berjalan meninggalkan Haziq dengan membawa air yang dipesan oleh rakan sekelasnya itu menuju ke arah pelajar-pelajar junior yang sedang duduk dalam barisan masing-masing. Sesekali Haziq mencuri pandang ke arah barisan pelajar junior itu mencari-cari adiknya. Agak sukar kerana semuanya berpakaian sama iaitu T-Shirt sekolah yang telah diberikan semasa sesi pendaftaran. Mereka diarahkan wajib mengenakan pakaian itu semasa aktiviti riadah dijalankan. Dia terlihat adiknya, sedang duduk di barisan belakang melambai-lambai ke arahnya dengan senyuman. Dia turut membalas. Sesekali matanya terpandang ke arah pengawas yang memekik tadi, dia itu Yana. Ya! Nordiana pelajar yang baru dikenalinya di dalam kelas kerana sebelum ini mereka belum pernah ditempatkan dalam kelas yang sama semasa tingkatan empat dahulu. Tapi.. adakah dia garang orangnya? Barangkali dia sengaja berperwatakan sebegitu semasa program orientasi untuk mendisplinkan pelajar-pelajar junior dibawah jagaannya. Kulitnya yang putih dengan tubuh badan yang tinggi agak sesuai dengan rupanya. Cantik juga budak perempuan ni..
            Yana tiba-tiba memaling ke arah Haziq yang tercegat sedang memerhatinya. Lamunan Haziq tiba-tiba mati disitu.
            “Alamak, kantoi...”, Haziq Bersuara dalam hati.

...................................................................................................

            Sedari  tadi Yana kelihatan sedang membelek-belek buku kimia yang diambilnya dari rak buku miliknya bersebelahan katil. Rak buku itu jugalah yang menjadi pemisah antara katil Yana dan rakannya, Azrin. Tidak masuk langsung kedalam kepala otaknya. Sengaja dibeleknya satu persatu mukasurat. Matanya berkali-kali memandang ke arah jam tangan di pergelangan tangan kirinya. Sebenarnya dia sedang menunggu adik angkatnya yang berjanji untuk datang ke biliknya. Baru sahaja dua bulan hasil perkenalan mereka berdua kelihatan mesra dan rapat tidak ubah seperti adik beradik kandung. Meskipun mereka berlainan negeri kelahiran. Yana berasal dari Kuala Lumpur manakala Adila merupakan penduduk jati Gerik.
            “Kak long.. sorry sangat Ila lambat la.. tadi Ila telefon ayah guna kat Public Phone kat bawah tu.. jangan marah tau.. tak sengaja.. hehe..”, Adila muncul di muka pintu dengan wajah sekupang. Dia tahu kakak angkatnya tentu sudah lama menunggunya.
            “Amboi, amboi, amboi.. rumah dekat pun selalu call rumah.. padahal kalau jalan kaki dari sini pun tak sampai lima belas minit. Tak kira, tak kira.. denda tetap denda.. siapa suruh lambat.. buat lompat bintang sekarang!”, Yana mengangkat jari telunjuknya menuding ke lantai seperti memberi arahan. Masih kelihatan ayu gadis yang berambut panjang melepasi bahu itu.
            “Ala.. bukan minggu orientasi dah kaklong.. ade denda jugak ke..”, jawab Adila manja. Dia duduk bersebelahan Yana di atas katil.
            “Dah, dah.. Kaklong gurau jela.. hehe.. lagipun awal lagi kita nak ke dewan. Pukul 10.40 malam karang baru akak start latihan Drama tu. Kita sembang-sembang dulu lah..”, Yana bersuara lembut. Adila mengangkat kening tanda bersetuju. Senyuman manis terpampang di wajahnya.
            “Er.. Kaklong nak tanya sikit boleh? Abang kamu si Haziq tu macam sombong je.. muka tak senyum langsung bila akak pandang die.. buat dek je..”, Yana menyambung perbualan.
            “Alah.. dia memang macam tu.. bukan sombong.. agaknya dia segan kot.. hehe.. Kenapa kaklong tiba-tiba tanya pasal dia? Ha.. mesti ada apa-apa ni.. baik bagitau Ila..”
            “Eh, mana adalah.. saje akak tanya sebab tengok dia macam serius je.. lagipun kitorang tak pernah pun sembang. Entah-entah dia dah ada makwe. Eloklah, kamu nak akak kena marah ngan makwe dia? Hehe..”, jelas Yana walaupun mukanya hampir merah padam dengan usikan Adila.
            “Ila ni kan adik dia, mestilah Ila tahu.. Abang Haziq takde makwe lagi lah kaklong. Kalau kaklong nak kirim salam kat abang Haziq Ila boleh sampaikan.. hahaha..”, Usik Adila lagi sengaja hendak melihat kakak kesayangannya itu bertambah malu.
            “Kamu jangan buat hal.. kaklong ngan dia takde apa-apa lah.. dah terbalik pulak karang, mana ada budak perempuan kirim salam kat budak laki.. ish..”, Yana mencubit lembut lengan Adila. Namun dalam hatinya alangkah bahagianya mendengar jawapan yang terkeluar dari mulut Adila itu tadi. Ternyata masih belum ada sesiapa yang mengetuk pintu hati jejaka itu. Terukir senyuman di bibirnya.
“Eh, jom lah, dah dekat dah pukul 10.40 cik kak oi.. tadi beriya sangat cakap nak tengok latihan Drama kaklong. Jangan gelak okey.. hehe.. ni first time kaklong jadi director..”, Yana mengubah topik selepas melihat jam di tangannya. Mereka keluar menuju ke dewan makan yang dijadikan lokasi untuk latihan Drama.


..............................................................................................................


Dengar sahaja latihan Drama akan diadakan di dewan makan Haziq seolah-olah tidak sabar. Dia mahu ke dewan makan walaupun sudah setengah jam sesi latihan itu berlalu. Dia baru sahaja mendapat tahu Faizul telah ke sana kerana sahabatnya itu adalah salah seorang yang menyertai Drama untuk persembahan Hari Kemerdekaan nanti. Tujuannya bukanlah untuk melihat sahabatnya itu beraksi di pentas dewan itu, tetapi ada tujuan lain yang tersirat di dalam hatinya.
Haziq duduk berhampiran Ayu di kerusi meja makan yang disediakan di dalam dewan makan. Ayu juga merupakan rakan sekelasnya yang turut menyertai latihan Drama pada malam itu. Menanti babak yang akan dilakonkannya sebentar lagi sambil mendengar kaset yang dimainkan oleh radio yang dipinjamkan dari Pejabat Asrama. Merdu nyanyian dari kumpulan Exist berkemundang di corong radio bertajukMasih Terserlah Ayumu. Ayu sedari tadi asyik mendengarnya dengan nyanyian kecil keluar dari bibirnya.
Haziq tidak mengendahkan semua itu, matanya hanya memandang wajah seorang gadis yang ingin dilihatnya. Itulah tujuan sebenar dia datang ke mari. Meskipun baru sahaja siang tadi dia bertentang mata dengan gadis itu di dalam kelas tetapi dia seakan-akan rindu ingin menatap wajah gadis itu sekali lagi.
“Ayu, aku tanya sikit boleh? Zul dengan Yana tu couple ke? Macam mesra je kan diorang..”, tanya Haziq mematikan khayalan rakannya itu.
“Mana lah aku tahu.. aku rapat gitu-gitu je ngan Yana.. Apasal? Kau cemburu ek.. hehe..”, balas Ayu sambil mengangguk-ngangguk kepalanya mengikut alunan muzik.
Haziq terdiam. Memang dia agak cemburu bila melihat Yana dan Faizul begitu mesra tertawa. Hanya dia dan  Maha Kuasa sahaja yang mengetahuinya.
“Haha.. ke situ pulak kau.. mana adalah.. aku saje nak tau, Zul tu kan kawan baik aku.. dia tak pernah berahsia dengan aku. Sedap suara kau nyanyi tadi, mentang-mentang nama Ayu, lagu Masih Terserlah Ayumu lah yang kau ulang-ulang yer.. Try nyanyi sekali lagi aku nak dengar..”, pinta Haziq.
Sebenarnya dia sengaja ingin menguji Yana yang sedari tadi seperti sedang mencuri pandang ke arahnya. Adakah gadis itu turut cemburu seperti yang dirasainya? Mana mungkin. Haziq sendiri tidak pernah menegur Yana masakan tiba-tiba Yana menaruh perasaan terhadapnya. Itulah yang bermain di mindanya. Ayu menerima pelawaan Haziq, nyanyiannya sungguh merdu dengan lunak suaranya yang serak-serak basah itu membuatkan Haziq terpesona.
“Akak suruh buat betul-betul yang kau gelak-gelak tadi ni kenapa?!! lain kali jangan nak main-main okey!!”, pekik Yana ke arah seorang budak lelaki tingkatan empat yang turut menjalani latihan Drama. Keadaan menjadi senyap seketika kerana semua orang tertumpu ke arah ’drama secara langsung’yang sedang berlaku itu.

Haziq seperti hendak pengsan kerana dilihat mata Yana sedang menjeling ke arahnya seolah-olah memberi jawapan kepada persoalannya tadi. Mustahil..

.....................................................................................................


            “Kenapa kau tak makan Ziq? Takkan diet kot..”, tanya Faizul setelah memerhati Haziq hanya duduk berhadapannya di meja kantin. Tiada sebarang makanan dibelinya. Hanya segelas air yang menjadi sarapannya pada pagi itu. Haziq hanya menemani sahabatnya itu makan pada waktu rehat.
            “Aku takde selera la Zul. Kau makan saja lah aku temankan kau..”, balas Haziq. Direnungnya dalam-dalam ke dalam gelas berisi air sirap itu.
            “Macam ade masalah je kau ni.. tak nak bagitau kat aku ke.. macam orang dilamun cinta pun ade aku tengok..”, Faizul seperti menyerkap jarang apabila melihat Haziq yang kadangkala kelihatan tersenyum bersendirian. Dahinya berkerut cuba mengerti apa yang bermain di fikiran Haziq.
            “Aku memang tengah angau, tapi aku akan bagitau kat kau bila aku dah kapel dengan dia. Ok?”, balas Haziq sambil tersenyum mengangkat keningnya dan berlalu pergi meninggalkan rakannya yang penuh persoalan di benak kepala.


 ………………………………………………………………………………………………………………

Masih ternanti-nanti perkataan ”saya cintakan awak” dari mulut Haziq. Yana bingung, adakah dia bertepuk sebelah tangan. Tidak, dia sendiri telah dengar dari mulut adik kandung Haziq, Adila. Haziq menyatakan yang dia telah jatuh hati pada Yana. Tetapi tingkah laku Haziq seperti tiada sebarang apa pun yang berlaku. Kini dia bingung dek kerana Faizul rakan karib Haziq telah berterus terang jatuh hati padanya. Dia diberi tempoh sehingga esok untuk memberikan jawapan.

Faizul seorang yang romantik. Dia juga sering mengambil berat tentang Yana. Mereka mula rapat setelah bersama-sama menyertai beberapa pertandingan Drama. Tidak lama selepas itu Faizul mula terpikat dengan perwatakan Yana yang juga mengambil berat terhadapnya. Mereka kadangkala pergi ke kantin untuk makan bersama-sama.

................................................................................................

Haziq sendiri dengar dengan telinga kepalanya. Matanya tidak dapat dilelapkan malam itu.“Aku jatuh cinta pada Yana”. Berderau darahnya apabila perkataan itu diungkap Faizul. Dia sendiri tidak boleh menyalahkan Faizul kerana tidak menerangkan terlebih dahulu siapa gadis yang menjadi gilaannya itu. Prinsip Haziq hanya satu. Akan memberitahu rakannya itu setelah gadis pujaannya itu sah menjadi miliknya. Dia juga tidak menyangka kedua-dua mereka mencintai gadis yang sama.

Haziq tekad untuk lebih berdiam diri dan cuba untuk menghindarkan diri dari bersemuka dengan Yana. Namun dalam hatinya seperti membuak-buak perasaan cinta dan ingin menyatakan yang dia sememangnya rindukan gadis tersebut. Namun, dia harus mengalah kerana Faizul telah meluahkan perasaan cintanya terhadap Yana terlebih dahulu.

Haziq sedih. Dia juga buntu kerana bakal cinta pertamanya bukanlah menjadi miliknya. Baginya Faizul seorang yang bertuah kerana memiliki sifat berani untuk berterus terang. Faizul juga bertuah sekiranya memiliki Yana.

Haziq menulis sekeping nota untuk rakannya, dia tahu tindakannya itu akan merumitkan keadaan. Nota yang dituliskan itu akan diselitkannya di bawah bantal tidur milik Faizul bersebelahan biliknya.

Zul, sahabatku..
Maafkan aku kerana menulis surat ini,
 aku harap kau tidak akan marah dan berpransangka
 buruk selepas membacanya. Ingat tak kau pernah tanyakan siapa perempuan
yang mencuri hati aku dulu?
Zul.. Yana adalah orang itu.. Seandainya dia telah menjadi milik kau, kau
Jaga lah dia baik-baik.. Aku sayangkan persahabatan kita.

Sahabatmu,
-Haziq-

………………………………………………………………………………………………………………

Malam keesokannya harinya, Haziq baru selesai melipat kain bajunya. Dia bangun untuk menutup lampu bilik. Sementara rakan-rakan sebiliknya yang lain sudah pun diulit mimpi. Suasana bilik yang sedari tadi terang dek cahaya lampu menjadi kelam. Hanya didatangi cahaya bulan dari arah tingkap. Baru sahaja ingin melabuhkan tubuhnya ke katil dia didatangi oleh Faizul yang memegang sekeping nota digenggaman tangan kanannya.

”Haziq, aku ada benda sikit nak cakap dengan kau..”, Faizul bersuara lalu ke ruang koridor belakang bilik Haziq. Haziq bingkas bangun dan mengekori dari belakang.

”Ada apa hal Zul kau nak bincang lewat-lewat malam sebegini? Serius ke..”, tanya Haziq berdiri di sebelah Faizul. Kedua-dua mereka meletakkan siku di atas tembok konkrit dan mengadap menikmati cahaya bulan di luar asrama.

”Aku dah baca surat kau tadi Ziq, tapi aku perlu berterus terang dengan kau sekarang juga.. Aku jumpa Yana selepas kelas tadi.. Aku dan Yana baru sahaja declare siang tadi.. Aku harap kau faham.. aku.. maafkan aku Ziq sebab aku memang tak tahu Yana adalah gadis yang kau maksudkan dulu..”, terang Faizul dengan nada yang lembut.

”Tiada apa yang nak dimaafkan Zul.. Lagipun Yana akan jadi milik kau, sahabat aku.. Aku tak perlu risau semua tu.. Kau sangat bertuah Zul.. Aku cuma minta satu je, kau jagalah Yana baik-baik ok.. Jangan hampakan perasaan dia pada kau..”, balas Haziq yang sedari tadi berusaha menghalang air matanya dari terus bergenang.

Faizul menghulurkan tangan kanannya kepada Haziq. Mereka berdua berjabat tangan tanda persahabatan. Keadaan bilik yang kelam ketika itu menambahkan lagi suasana suram pada malam itu.

”Terima kasih, Ziq.. kau sahabat aku dunia akhirat.. aku berjanji akan jaga Yana sebaik-baiknya..”, Faizul memeluk erat rakannya itu. Membuktikan nilai persahabatan antara mereka yang tidak pernah luntur.

p/s: ske novel ni coz ada nama aku..haha..


Friday, May 20, 2011

akU seOraNg peTani...

hye kengkawan..rasanya da lama da x update blog ni..(ada aku kisah??)...
sbnrnya aku xde idea sgt nak mengupdate blog ni..tp disebabkn da bosan 
tahap cipan..aku pon amik keputusan utk m'update blog ni..hee..
so..cite aku ari ni adalah pasl kerjaya ak sbg petani muda lg moden..
korg msti terfikir2 apa tanaman yg ak buat kn..
aku sekarang sdg melangkah untuk m'jadi penanam anggur yg berjaya..
(wah!! hebatnya!! tgn di dada mata pandang atas)
msti korg t'kejut kn camne la aku bolh tanam anggur dalam cuaca kat 
Malaysia yg x brape seswai ni..
there is nothing impossible actually..
korg tau x kat perlis ada ladang anggur kat perlis??
haaa.....msti ada yg x tau kn..tu la..sapa suruh x baca surat khabar..
(dila pon tau dr mulut org je tu)
hehe...
tp bukn senang nak meng'handle' ladang anggur kat Malaysia ni..
tp aku ada cara t'sendiri di mana kita bolh berladang kat umah je..
caranya seperti di bawah ni:

1. make sure korg bgun tdo pukul 12 p.m. (jgn kurg dr 12 p.m. lebih xpe)
2. bila da bangun, korang jangan tros g mandi dulu..korg g lepak2 tgk tv dulu..
3. da tgk tv bru korg mandi (lebih baik bila mak korg da m'bebel)
4. da mandi tros dok kat meja mkn n pelahap je apa yg ada supaya korg bertenaga
untuk b'cucuk tanam nanti...
5. korg smbung tgk tv balik sampai petang.. (lebih baik klu sampai muntah darah)
6. malam plak korang online layan 'muka buku' dulu..
7. get ready untuk bercucuk tanam..alat2 yg perlu ada adalah rilam, selimut dan bantal..
8. bila korg mimpi ada korg tanam anggur, maka berjayalah anda sebagi seorang petani
yg berjaya..

just joking..heee..
aku sebenarnya penanam anggur yg bru lepas grad.. InsyaAllah coz result x keluar lagi..
so aku skrg da jadi penanam anggur cam korg semua gak..huu..
apa2 pon utk sapa2 yg ada kerjaya cam aku skrg bnyk2 la doa supaya kita mudah 
mendapatkan pekerjaan..Amin..
(ishk..xde motif langsung entry ni..)
T_T

Sunday, February 27, 2011

aweks cun 2011..

Assalamualaikum semua...
hmmm..da lama rasanya x update blog ni..
x tau nape ari ni tiba2 lak sampai mo0d nak update blog..hee..
entry kali ni aku nak kenalkan korang pada aweks cun yg aku kenal..
agak2 sapa ek??

adakah....

a. beyonce...


b. datuk siti...


or c. lisa surihani???

tapi malangnya bukan la pasal diorg..heee..
aweks ni lagi cun dari diorg...
nak tau sapa diorg????



taddddaaaaaaa!!!!


haaaa...ni la aweks yg aku katakan..
so, aku akan knalkan sorang2 ek..


 haaa...ni cik aween namanya...
nama penuh dia hafizatul azrin anak kpd pak cik puteh baharin..
orangnya manis, baik,rajin n b'sopan santun..(yg sopan tu confius skit..hee...)
tapi yang wat aku kagum dgn dia ni adalah love story dia..
dia ni da ada bf so jgn sapa2 cuba dekat ek..
dia da couple dgn bf dia hampir 9 taun..mau x kagum..hee..
klu nak tau kisah hidup dia dgn lbih lanjut..
sila layari blogspot bintang2aween.blogspot.com.



haaa...yang ni namanya cik diana anak kepada pak cik pahrurrazi...
orangnya comey, baik n bijak...;-)
tapi hati2 yea..
don't u ever play2 with her..
dia ni garang skit tapi baikkk..hee..
nak tau status cik diana ni...jeng3!!!
tngu episod akan datang ek..hee..




yang ni pulak namanya cik nadia anak kepada pak cik jenal a.k.a zainal abidin..
yang ini baik orangny..
b'budi bahasa, b'sopan santun n yg paling penting bijok..hee..
tapi yang ni pon x boleh sapa amik ek..
da ada orang cop..heee..
cik nadia ni pon pandai masak tau.. ;-)




cik wanie ni ank kpd pak cik salehudin..
yg ni mmg seswai jadi menantu pilihan..
orangnya pandai memasak, mengemas n menjahit..(aku pon x bape pandai..hee)
dia ni chef kat umah sewa aku..
so sapa2 bekenan boleh contact 012-...
emmm..lupa la no dia...heee...
oppss..lupa nak bgtau..dia ni minat pink tau..=)




haaa..yang last ni nama dia cik eina a.k.a nur falina abdul ghafar..
orangnya sweet gitu n ske t'senyum..
haa..yg ni single lagi tau..
lagi satu dia ni happy go lucky..
boleh la kot2 ada yang berkenan..heee



soo..inilah aweks cun yang aku nak citekan tu...
cunkan..heee..

tapi..apa yang paling penting bukan cantik rupa je..tapi juga cantik hati..
btol x?
diorg ni walau pon mcm2 kerenah ada tapi semuanya baik2 belako..hee..

 love all of u so much...

so pada sapa2 yang berkenan pada aweks cun kat atas ni..
sila tingalkan no fon anda..hehehe..gurau je...

buat kawan2 ku yang cun2 ni..
korang semua memang best!!

ok..ni je la story tuk ari ni..
astalavista babeh...;-)

p/s: sory kwn2 klu ada yg x ske gmbar yg org letak ni..
ni je yg ada..huuu


Friday, January 21, 2011

I can't live without you...

hmmm..ak rasa ni la title yg sesuai utk entry kali ni..
utk pengetahuan korang..
entry kali ni ak tujukan wat perokok2 tegar yg ada di luar sana..
'I can't live without you my love cigarette'
so kat sini aku nak sertakan beberapa picture utk renungan perokok2 sekalian alam..

ishk3..pelik aku nengoknye..sangup mati demi rokok..

oppssyyy..da masuk kuburan rupanya..heee..








so..utk perokok2 semua..
renung2kanlah yea..